Johor, Selangor: Kemalangan paling banyak, kes kematian tertinggi

kemalanganPETALING JAYA: Untuk 2 tahun berturut-turut, Selangor dan Johor menjadi negeri yang paling banyak berlaku kemalangan jalan raya dengan mangsa nahas yang maut, menurut polis.

Ia dipetik daripada Laporan Statistik Kemalangan Jalan Raya 2015 yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Trafik dan Penguatkuasaan Persekutuan, lapor TheSun hari ini.

Laporan itu memetik Johor direkodkan mencatatkan jumlah kematian dalam nahas jalan raya paling tinggi iaitu 1,040, dengan peningkatan 22 kes berbanding 2014.

Meskipun mencatatkan jumlah kemalangan lebih besar, kes kematian lebih rendah di Selangor, pada 1,028 dan jumlah itu kura 40 daripada yang direkodkan polis pada 2014.

Mementik Laporan Statistik Kemalangan Jalan Raya 2015, Pengarah Jabatan Siasatan Trafik dan Penguatkuasaan Persekutuan, SAC Mahamad Akhir Darus berkata ada peningkatan 2.8% dalam jumlah kemalangan jalan raya antara 2014 dan 2015.

“Terdapat 489,606 kemalangan jalan raya tahun lalu tetapi jumlah kematian dan kecederaan menunjukkan pengurangan 7.3% tahun lalu berbanding 2014,” katanya dipetik daripada TheSun.

Laporan itu menyatakan sejumlah 6,706 kematian berlaku di jalan raya Malaysia tahun lalu, dengan purata 18 kematian setiap hari.

Laporan itu juga menonjolkan jumlah kematian yang berkait dengan umur pengguna jalan raya, dengan jumlah tertinggi membabitkan rakyat Malaysia berusia antara 16 hingga 20 tahun (934 kes).

Menurut laporan itu, pengguna jalan raya berumur 21 hingga 25 tahun ialah kedua tertinggi (828), 26 hingga 30 (641), 31 hingga 35 (579), dan yang lain berusia 36 tahun ke atas.

Tidak mengejutkan, majoriti terbesar kematian di jalan raya membabitkan penunggang motosikal (62% atau 3,816) dan pembonceng (387).

Mahamad berkata kebanyakan kematian berlaku di jalan luar bandar dengan 3,731 orang, disusuli kawasan bandar(1,277), bandar kecil (827) dan bandar utama (408).

Seperti tahun sebelumnya, fenomena balik kampung pada Aidilfitri mencatatkan jumlah kematian di jalan raya sebelum dan selepas tempoh perayaan itu pada 2015.

Pada 2015 dan 2014, terdapat 705 dan 637 kematian, masing-masing pada Julai yang juga bulan tertinggi kemalangan jalan raya tahun lalu – 43,892 kes.

Batu Pahat menjadi daerah di Johor yang menyumbang jumlah kematian tertinggi dalam kalangan pengguna jalan raya.

Menurut laporan itu, Batu Pahat daerah paling dahsyat di seluruh negara untuk tahun kedua berturut-turut pada 2015, mencatatkan 191 kematian.

Batu Pahat diikuti Kuantan (155), Ipoh (145), Kuala Muda (121), Central Seberang Prai (118), dan Kajang serta Melaka tengah (kedua-duanya 110 each).

Polis juga dikatakan tahu yang Batu Pahat didapati mempunyai paling banyak jalan raya tidak selamat di negara ini, dengan 165 daripada 191 kematian di situ berlaku di jalan berkenaan.

Bagi daerah yang mencatatkan jumlah kemalangan jalan raya paling tinggi ialah:

Petaling Jaya (25,635); utara Pulau Pinang (14,696); Johor Baru selatan (14,642); Shah Alam (14,562); Ipoh (14,260); Kajang (14,133) dan Kelang selatan (13,060).