Beri peluang Najib selesai isu ‘bin’, ‘binti’, kata penganalisis politik

Khoo-Kay-PengPETALING JAYA: Bertentangan dengan persepsi PKR Sarawak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diyakini mampu mengekang “Napoleon Kecil” di dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Khoo Kay Peng.

Menurut penganalisis politik itu, para pegawai ini menjadi penghalang kepada janji perdana menteri untuk mengubah undang-undang sedia ada mengenai rakyat Sabah bukan Islam yang namanya tertulis “bin” dan “binti”, sering dikaitkan dengan orang Islam.

Khoo menolak hujah Adun Batu Lintang See Chee How, menyalahkan masalah ini kepada “Napoleon Kecil” dalam JPN dan jabatan-jabatan kerajaan lain, mengatakan hal-hal pelaksanaan akan selesai apabila Najib mengeluarkan arahan yang jelas kepada jabatan.

“Ahli-ahli politik akan mengatakan perkara-perkara seperti itu,” kata Khoo keraguan See terhadap janji Najib.

“Jika seseorang itu dalam kem pembangkang, sudah tentu mereka akan berharap ia tidak akan dilakukan. Jika beliau (Najib) berkata akan melakukannya, beri beliau peluang melakukannya,” katanya kepada FMT.

Ini berikutan kenyataan Najib di Kota Kinabalu semalam yang beliau akan mengubah undang-undang sedia ada yang memerlukan rakyat Sabah, yang namanya mempunyai “bin” dan “binti” untuk membuktikan mereka tidak Islam.

Mengenai perkara “Napoleon Kecil” dalam JPN, Khoo berkata masalah Najib adalah semata-mata berhubung operasi dan perundangan pada ketika ini.

“Ia bukan mustahil. Ahli-ahli Kabinet dengan perdana menteri boleh menggunakan kuasa di Parlimen. Selagi mereka boleh mendapatkan majoriti … selagi perdana menteri bersetuju, saya tidak nampak mengapa tidak,” kata Khoo.

“Apa yang diperlukan adalah arahan yang jelas. Sebaik sahaja itu dilakukan, penjawat awam hanya perlu taat. Ia menjadi isu disiplin.

“Apabila undang-undang itu diluluskan, sekurang-kurangnya orang-orang yang membuat aduan mempunyai sesuatu dirujuk kepada. JPN perlu mematuhinya.

“Menetapkan arahan itu adalah langkah pertama, maka mereka boleh menyelesaikan isu penguatkuasaan dan pelaksanaan.”

Khoo juga menolak tanggapan yang organisasi Islam dan sebahagiannya akan secara agresif menentang idea tersebut.

“Umat Islam sentiasa berbalah tentang berhubung kekeliruan dengan perkara mengelirukan seperti isu P Ramly (burger),” kata Khoo.