KiniTV, pengarang boleh sepina peguam negara beri keterangan

malaysiakini,-kinitv,-steven-gan,-attorney-general,-subpoenaKUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan boleh menyaman peguam negara untuk memberi keterangan dalam perbicaraannya dan KiniTV berhubung tuduhan mereka memuat naik video di Mahkamah Khas Siber.

Gan dan KiniTV hari ini didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) berhubung video pada sidang media bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang disiarkan di portal TV Internet.

Dalam video itu, Khairuddin menggesa peletakkan jawatan peguam negara.

Gan berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya mengenai kemungkinan mengeluarkan sepina terhadap peguam negara untuk memberi keterangan di mahkamah.

“Beliau perlu menjelaskan mengapa liputan terhadap individu yang mengkritik seorang pegawai awam menjadi satu jenayah,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Sesyen.

Beliau juga berkata, pihak pendakwaan itu merupakan kes konflik kepentingan.

“Ini kerana Pejabat Peguam Negara mendakwa media kerana meletakkan video didakwa menghina dirinya sendiri,” katanya.

“Kita akan membuktikan kepada mahkamah dengan membuat liputan pada sidang akhbar, kami tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah,” katanya sambil menambah mereka hanya menjalankan tugas dengan membuat laporan.

Bos Malaysiakini didakwa di mahkamah kerana video bidas peguam negara