Temu bual dengan anak Maria Chin

maria-sons-1

PETALING JAYA: Pagi Jumaat semalam, tepat seminggu sejak penahanan Maria Chin Abdullah, pengerusi dan ketua gerakan perubahan pilihan raya Bersih 2.0 – dan 3 anak lelakinya masih berjuang untuk mendapatkan pembebasannya.

Maria ditahan Jumaat minggu lalu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam satu serbuan di pejabat Bersih, sehari sebelum himpunan Bersih 5 diadakan di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penahanan itu dibuat susulan dokumen yang dirampas dalam serbuan itu, kononnya mengaitkan Bersih dengan cubaan Open Society Foundation (OSF) untuk menggulingkan kerajaan Malaysia.

Dengan ramai pihak mencabar penahanannya, seminggu lalu menyaksikan 3 anaknya mendapatkan bantuan media untuk mendesak pembebasan ibu mereka.

FMT menemu bual anak Maria, Azumin Mohamad Yunus, 23, Aziman Maria, 22, dan Azemi Maria, 20, untuk melihat bagaimana keadaan keluarga itu sepanjang penahanan ibu mereka.

FMT: Masyarakat umum tahu apa yang berlaku pada hari itu di pejabat Bersih. Bagaimana keadaan itu kepada anda?

Azumin: Kami tidak dengar berita itu pada mulanya. Kami ingatkan semuanya baik-baik saja. Tetapi dalam jam 5 ke 6 petang, seorang rakan keluarga memaklumkan polis tahan ibu di IPD PJ (ibu pejabat polis Petaling Jaya). Kami diberitahu boleh lawat dia dan beri ubat padanya.

Kami bersedia untuk mendengar berita itu, kerana sejak Bersih 2, ibu sering minta kami bersiap sedia untuk tiba masanya dia ditangkap. Setiap kali sebelum setiap himpunan, dia akan beritahu kami: “Mungkin saya akan ditangkap, jadi jangan terlalu risau”. Kami ambil ubatnya dan pergi ke balai polis.

FMT: Bagaimana anda berdepan dengan keadaan penahanan ibu anda dalam kurungan sejak seminggu lalu?

Aziman: Ia agak melemahkan semangat, sebab tahu keadaannya agak teruk. Dia tak ada katil, memikirkannya setiap hari agak menakutkan kami. Kami tidur di katil selesa sementara dia di kurungan yang hanya ada alas kayu.

Azemi: Dia ditahan pada Jumaat. Mereka (Aziman dan Azumin) ada, saya tak ada. Kami jumpa ibu pada Ahad. Itu kali terakhir kami lihat dia, kami berbual dengan dia kira-kira 2 jam. Kami hendak jumpa ibu lagi secepat mungkin. Media temu bual kami dan diberikan liputan.

Azumin: Kami pelajar kolej, jadi terpaksa mengimbangkan kehidupan dengan belajar. Walaupun ibu dalam kurungan, dia minta kami teruskan belajar. Saya tetap pergi kelas dan cuba mengimbangi kehidupan saya pada masa ini, dengan temu bual media dan belajar.

FMT: Tadi anda kata ibu siap sediakan anda untuk hari seperti ini.

Azumin: Ibu selalu kata yang satu hari nanti, kerajaan akan ambil keputusan untuk menahannya.

Aziman: Secara psikologi kami bersedia dengan tangkapan itu, tetapi bukan tahanan di bawah Sosma. Ia sangat mengejutkan keluarga, tindakan ini tidak sepatutnya jadi alat politik. Agak mengejutkan melihat ia jadi sebegini.

Azumin: Ramai kawan dan ahli keluarga datang menyokong kami dalam keadaan seperti ini. Ia banyak membantu.

FMT: Adakah ibu anda campurkan kerja dan keluarga?

Aziman: Paling penting untuk ibu bapa kami ialah kami tidak terlalu terdedah dengan kerja mereka. Mereka cuba membuatkan kami meletakkan keutamaan kepada belajar; mereka takut jika bawa ke bidang kerja mereka, ia akan menjejaskan pelajaran kami. Keutamaan ibu bapa kami ialah pelajaran kami. Mereka sangat pentingkan pendidikan.

Azumin: Bagi menjawab soalan itu, ya ibu bapa kami jelaskan bidang kerja mereka. Cuma, seperti Aziman kata, mereka lebih suka kami tidak terlibat. Sebab utama kerana belajar, dan juga mereka tidak mahu wajah kami terpampang di media, takut-takut orang mula hantar ugutan kepada keluarga. Tentang kerja hanya di pejabat. Bila mereka balik rumah, itu masa untuk keluarga. Sebenarnya mereka dapat mengimbangkan antara kerja dan keluarga.

FMT: Berapa umur anda ketika kali pertama anda sedar apa yang sebenarnya ibu bapa anda lakukan?

Aziman: Pada awal zaman remaja, kami sudah tahu. Masa kami kecil, kami tahu juga yang mereka bukan kerja biasa macam jurutera atau seperti itu, berbanding rakan kami pada masa itu. Semakin kami membesar, kami faham sepenuhnya bidang kerja mereka bukan konvensional. Selepas menyedarinya, kami tetap menyokong mereka.

FMT: Adakah rakan-rakan anda tahu?

SEMUA (ketawa): Ya, sudah tentu.

Azumin: Walaupun kawan kami tahu siapa ibu bapa kami, mereka sudah jelaskan layan kawan seperti keluarga.

FMT: Ada tekanan untuk anda buat apa yang sedang ibu anda lakukan?

Aziman: Kami tidak rasa begitu. Ibu mengutamakan pendidikan dan tidak memberi tekanan kepada anak. Ibu bapa kami akan gembira jika kami melakukan yang terbaik. Dalam pilihan kerjaya pun, ibu tidak beri tekanan untuk anaknya memilih bidang kerja sepertinya. Dia sangat berlembut dengan pilihan hidup kami.

Azumin: Hanya kawan rapat tahu siapa kami dan ibu bapa kami. Kami ambil pendekatan untuk berendah diri, kami tidak mahu terlalu banyak perhatian, kami mahu dilayan seperti orang lain.
FMT: Bagaimana keadaannya ketika mula-mula ibu melakukan kerjanya? Apa insiden pertama selain Bersih yang menyedarkan anda tentang kerja ibu bapa anda?

Azumin: Masa itu kami masih kanak-kanak, mereka sangat aktif dengan kerja hak asasi manusia. Ibu bapa kami pada ketika itu penyokong kuat untuk memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negara). Mereka menyediakan banyak ucapan, himpunan, benda seperti itu.

Dari situ kami belajar sikit sebanyak tentang ISA. Mereka jelaskan yang bapa kami ditahan di bawah ISA juga. Sebab itu penting untuk mansuhkan akta seperti itu. Kami sedar yang ibu bapa kami bukan buat kerja biasa. Lebih kepada hak asasi manusia. Semakin kami dewasa, kami mula terima apa yang mereka buat ini, sangat penting.

FMT: Adakah anda akan buat seperti ibu bapa anda?

Azemi: Bagi saya, tak juga.

Azumin: Secara peribadi, saya harap tidak ada keperluan berbuat demikian. Saya harap pada masa depan, negara ini akan jadi lebih baik. Aktivis hak asasi manusia, saya lebih suka pada masa depan, negara ini tidak perlu lagi kempen seperti ini.

Bagi saya untuk mengikut jejak langkah ibu, saya tak nampak ia begitu. Saya merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi, lebih kepada kaunseling.

Aziman: Saya pun tidak nampak yang saya akan mengikut bidang kerja seperti ibu bapa saya.

Azemi: Tetapi akan tetap menyokong ibu secara aktif.

Aziman: Walaupun bidang kerja kami lain, kami akan tetap cuba yang terbaik untuk menyokong tujuan seperti ini.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/22/maria-chin-fail-habeas-corpus-untuk-bebas/