Sekali lagi, sajak Dr M tidak dilupakan di perhimpunan Umno

Sekali lagi, sajak Dr M tidak dilupakan di perhimpunan Umno

Sajak bekas presiden Umno pada 2001 sekali lagi diungkit, kali ini oleh Najib.

najib-mahathir
KUALA LUMPUR: Sajak “Melayu Mudah Lupa” yang dibacakan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada perwakilan Umno 15 tahun dahulu masih menjadi bahan ucapan pada perhimpunan agung parti itu yang bermula hari ini.

Selepas disindir panjang lebar oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menyebut sajak itu dalam ucapan presidennya.

Najib merujuk bekas pemimpin Umno yang tidak lagi bersama parti, mengingatkan mereka tentang sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia.

“(Mereka) yang telah mengangkat Sumpah Jawatan dan Sumpah Simpan Rahsia atas nama Allah, dengan kalimah-kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Namun kini menjadi orang asing malah mengkhianati perjuangan ini,” kata Najib.

“Tidak hairanlah kalau benda ini berlaku, kerana ada orang itu sendiri yang pernah menyebut, Melayu Mudah Lupa,” katanya lagi.

Najib berkata sajak tersebut jelas tidak terpakai kepada ahli Umno yang setia kepada parti.

“Sekarang siapa sebenarnya Melayu yang mudah lupa ini? Pastinya bukan kita, kerana Melayu Umno yang sejati setia dan mengenang budi, dan tidak mengkhianati parti,” katanya lagi.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.