Idris Ahmad: PAS dah lama jadi pembangkang, tak perlu nasihat Dr M

Idris Ahmad: PAS dah lama jadi pembangkang, tak perlu nasihat Dr M

Idris menasihatkan Dr Mahathir belajar menjadi pembangkang terlebih dahulu, sebelum memberi nasihat kepada PAS yang sudah lama menjadi pembangkang.

Idris-Ahmad
PETALING JAYA: PAS tidak memerlukan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mereka lebih lama menjadi pembangkang berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Idris Ahmad.

“Kami dah lama jadi pembangkang, dia baru mula nak jadi pembangkang.

“Tak perlulah nak bagi tempoh kat kami, nak ajar kami..tak perlulah,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi PPBM itu yang tarikh akhir akan diberikan kepada PAS untuk memutuskan jika ia akan bersama Pakatan Harapan bagi menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Idris menasihatkan Dr Mahathir belajar menjadi pembangkang terlebih dahulu, sebelum memberi nasihat kepada PAS yang sudah lama menjadi pembangkang.

“Kena ingat apa yang berlaku hari ini pun hampir semua daripada tangan dia,” kata ahli Parlimen Bukit Gantang.

PAS akan diberi tempoh akhir untuk sertai pakatan, kata Dr M

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.