
Remaja berusia 15 tahun itu, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah kedai menjual pakaian di Plaza Angsana, Tampoi, pada 4.30 petang, 6 Ogos lepas.
Prosiding di hadapan Majistret Salina Omar itu dijalankan secara tertutup kerana tertuduh merupakan pesalah juvana.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali yang ditemui selepas prosiding itu berkata, tertuduh berkenaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan majistret.
Katanya, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan 2 penjamin warga tempatan dan menetapkan sebutan kes itu pada 5 Januari 2017.
Sementara itu, peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah yang mewakili tertuduh berkata anak guamnya merupakan anak ketiga daripada 5 beradik dan merupakan pelajar di sebuah sekolah di Singapura.
Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.