Myanmar hentikan penghantaran pekerja asing ke Malaysia

Myanmar hentikan penghantaran pekerja asing ke Malaysia

Menteri imigresen Myanmar menghentikan pengeluaran lesen baharu untuk warga yang mahu bekerja di Malaysia mulai 6 Disember

myanmar-worker
YANGON:
Myanmar menghentikan penghantaran pekerja ke Malaysia ketika hubungan kedua negara merosot susulan pembantaian berdarah minoriti Rohingya oleh tentera negara itu.

Langkah itu menyusuli kecaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap ketua umum Aung San Suu Kyi kerana membenarkan “pemusnahan bangsa” dalam satu tunjuk perasaan di Kuala Lumpur yang dihadiri ribuan orang.

Penunjuk perasaan membantah tindakan ketenteraan di negeri Rakhine yang menyebabkan lebih 20,000 Rohingya ke Bangladesh.

Mereka yang terselamat berkongsi dengan AFP kisah pembunuhan, penderaan dan pemerkosaan beramai-ramai di tangan pihak keselamatan Myanmar, sementara berpuluh mati ketika cuba menyeberangi sungai yang memisahkan 2 negara itu.

Myanmar, negara majoriti pengikut ajaran Buddha, sekian lama mendiskriminasikan Rohingya yang tak bernegara dan krisis terbaharu mencetuskan bantahan di negara majoriti Islam sekitar rantau itu, termasuk Malaysia.

Seorang menteri kerajaan Malaysia turut menyeru keahlian Myanmar dalam blok serantau Asean dikaji semula.

Semalam, menteri imigresen Myanmar berkata pihaknya menghentikan pengeluaran lesen baharu untuk warga yang mahu bekerja di Malaysia.

“Myanmar buat sementara waktu menghentikan penghantaran pekerja ke Malaysia mulai 6 Disember ekoran keadaan semasa di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Malaysia menjadi tuan rumah kepada ribuan pekerja Myanmar, yang kebanyakan mengisi pekerjaan bergaji rendah di kilang dan industri makanan serta keraian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.