1MDB sangkal dakwaan China bayar hutang

Mohd-Irwan-Serigar-AbdullahKUALA LUMPUR: Pengerusi 1Malaysia Development Berhad Tan Sri Irwan Serigar Abdullah menafikan laporan Financial Times yang China akan membantu 1MDB dalam membuat pembayaran balik kepada International Petroleum Investment Company (Ipic).

Irwan berkata: “Saya adalah pengerusi. Tiada siapa yang cakap kepada saya. Tiada siapa bercakap kepada pihak China,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Keusahawanan Komuniti Global hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai artikel semalam di Financial Times yang China membantu Malaysia dengan pembayaran itu.

Laporan itu dikeluarkan di tengah pertikaian hutang AS$6.5 bilion antara 1MDB dan syarikat kewangan milik kerajaan Abu Dhabi.

Menurut Financial Times, 3 individu yang mengetahui perkara itu berkata, China dijadikan sumber dana bagi 1MDB.

Ia menambah, satu sumber memberitahu akhbar itu yang Malaysia akan melakukan pertukaran aset bagi pembiayaan itu.

Bekas bos Ipic disiasat pihak berkuasa Swiss, lapor FT