Suhakam gesa perlindungan hak asasi manusia lebih baik

Razali-Ismail_suhakam_human-rights_600

PETALING JAYA: Hak asasi manusia perlu menjadi teras pembangunan negara Malaysia jika kerajaan menyasarkan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Pengerusinya Tan Sri Razali Ismail berkata, walaupun 2016 menyaksikan beberapa kemajuan dalam aspek perlindungan hak asasi manusia di negara ini, masih terdapat pelanggaran yang perlu diakui dan ditangani.

Ini termasuk salah guna undang-undang keselamatan, khususnya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat politik.

“Individu tidak boleh ditangkap dan ditahan kerana melaksanakan hak mereka terhadap kebebasan bersuara,” kata Razali dalam satu kenyataan hari ini.

“Suhakam amat bimbang walaupun penahanan bagi tujuan adalah pengecualian yang jarang berlaku, dalam amalan ia boleh menjadi satu peraturan dan digunakan selain daripada tujuanya.”

Bantahan ke atas penyalahgunaan Sosma memuncak berikutan penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah bulan lalu.

Ibu berusia 60 tahun itu ditahan 3 kali di bawah Sosma pada malam perhimpunan Bersih 5 pada 19 November berhubung dakwaan penglibatan dalam aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.

Beliau dibebaskan 11 hari kemudian.

Razali juga mengkritik pencabulan hak Orang Asli, dan berkatakejayaan sesebuah negara diukur dengan bagaimana ia menangani pihak paling lemah.

Beliau menambah, dasar yang bertujuan untuk pembangunan ekonomi dan infrastruktur, sebaliknya menjejaskan kumpulan Orang Asli.

Dasar Informasi di Awal Tanpa Paksaa “Sesetengah mereka (Orang Asli) secara ganas dipindahkan dari tanah tradisi mereka tanpa memperoleh informasi lebih awal dan tanpa paksaan, tanpa peruntukan memuaskan bagi penempatan semula, dan tanpa pampasan mencukupi.

“Akibatnya, mereka dinafikan hak asasi dan mata pencarian.”

Beliau merujuk kepada nasib dihadapi masyarakat Temiar Orang Asli yang berjuang melindungi tanah dalam rizab hutan Balah, Kelantan.

Aktiviti pembalakan yang bermula awal tahun ini ditentang masyarakat Orang Asli yang membuat sekatan untuk menghalang pembalak daripada mendapat akses ke kawasan pembalakan.

Langkah itu membawa kepada pembekuan sementara aktiviti pembalakan, tetapi awal bulan ini, pihak berkuasa negeri merobohkan semua sekatan dan menahan penunjuk perasaan Orang Asli di tapak sekatan Simpang Petir.

Orang Asli ugut lebih banyak sekatan jika Kelantan tidak akur