
Atase Pendidikan dan Kebudayaan di kedutaan itu, Ari Purbayanto berkata program berkenaan penting kerana ramai pekerja Indonesia di Malaysia merupakan lepasan sekolah dasar (SD) (sekolah rendah) yang tidak mempunyai kemahiran lain.
Katanya program yang dianjurkan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Edukasi Untuk Bangsa itu diharap mampu membuka peluang lebih besar kepada pekerja Indonesia, sekali gus meningkatkan kualiti hidup mereka di sini.
“Kebanyakan pekerja Indonesia ini terdiri daripada pekerja tidak mahir. Melalui program ini, diharap ia dapat meningkatkan kecekapan, sekali gus membantu mereka mendapatkan pekerjaan dan pendapatan lebih baik,” katanya.
Beliau ditemui pada majlis penyampaian sijil kepada 32 peserta yang menamatkan kelas komputer itu.
Ari berkata perancangan sedang dibuat untuk meluaskan program kemahiran itu untuk mencakupi bidang seperti keusahawanan dan masakan.