
Pengarah Suaram, Sevan Doraisamy berkata ia antara aduan diterima pihaknya mengenai penyalahgunaan kuasa polis terutama berkenaan penggunaan Poca.
“Suaram bantah sebarang bentuk penahanan tanpa bicara. Apabila ada penangkapan, ia perlu berasaskan penyiasatan, dan jika didapati bersalah, hadapkan ke mahkamah.
“Biar mahkamah tentukan sama ada mereka bersalah atau tidak. Tetapi, tindakan menangkap tanpa bicara ini sama sekali tidak boleh diterima,” katanya ditemui di pejabat Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan Malaysia (EAIC), hari ini.
Suaram berkata tahun ini, 278 individu ditahan di bawah Poca.
Sevan berkata EAIC, yang mengawal selia pihak penguatkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, perlu melawat sendiri mangsa tahanan Poca bagi mendapatkan cerita sebenar apa yang berlaku.
Menurutnya, polis tidak sepatutnya memainkan peranan mahkamah menentukan hukuman kepada mangsa.
“Apa yang penting adalah proses perbicaraan secara terbuka di mahkamah tidak berlaku,” katanya.

“Mereka bawa lori besi buruk untuk pergi kerja, tiba-tiba dapat panggilan bahawa mereka kena tangkap,” kata Selvarajan.
“Biarlah mahkamah tentukan sama ada mereka melakukan kesalahan atau tidak. Ini tidak, terus tahan selama 21 hari, kemudian sambung lagi tahan selama 38 hari,” katanya.
Tambahnya, penangkapan itu menyukarkan kehidupan ahli keluarga memandangkan mereka turut mempunyai anak dan isteri masing-masing.
“Sekarang bagaimana dengan tanggungjawab mereka terhadap keluarga, rumah mahu bayar, isteri mengandung. Adakah polis mahu bagi kami makan, atau bayar sewa rumah kami?
“Kalau macam ini, lebih baik polis tangkap kami sekeluarga, simpan di balai, jaga kita, makan diberi, tempat tinggal diberi. Kami bukan keluarga yang senang, orang susah terus ditekan. Saya tidak boleh kerja, isteri juga tidak larat bekerja,” katanya.
Di bawah Poca, suspek boleh ditahan tanpa perbicaraan sehingga 2 tahun.
Kali terakhir akta kontroversi itu digubal ialah susulan pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.