Sudah 26 tahun, masih tiada kabinet bayangan, soal Salleh Keruak

Saleh-Keruak

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) perlu terlebih dahulu menunjukkan kepada rakyat kabinet bayangan mereka sebelum berfikir untuk membentuk kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Md Salleh Said Keruak.

Dalam blognya hari ini, Salleh mempersoalkan bagaimana pembangkang mampu merancang terhadap “perkara lebih besar” jika ia tidak mampu membentuk jabinet bayangan yang mudah, standard dalam sistem kerajaan Westminster.

“Hakikat yang pembangkang melahirkan 5 pakatan sejak 1990 – dan kini ternyata ia sekali lagi berubah fikiran mengenai PPBM – menunjukkan walaupun selepas lebih 26 tahun, pembangkang masih tidak berada pada kedudukan yang stabil,” tulis beliau, merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Salleh berkata, rakyat tidak sukakan ketidaktentuan, apa yang mereka perolehi selama ini dengan PH.

“Rafizi Ramli berkata, jika Pakatan menang pilihan raya umum akan datang, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri – kalau semua ahli Pakatan menerima belia, kalau Agong memberi pengampunan, kalau Anwar dibebaskan dari penjara, kalau ada pilihan raya kecil dan kalau Anwar menang pilihan raya kecil.

“Terdapat terlalu banyak ‘kalau’ di sini. Ini bermakna Rafizi meminta pengundi terlebih dahulu memberi memberi kuasa kepada Pakatan dan kemudian selepas itu, Pakatan bertindak terhadap ‘kalau’ yang banyak dan cuba menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.”

Salleh berkata, terdapat banyak persoalan lain yang perlu dijawab, seperti siapa menjadi timbalan perdana menteri, adakah akan ada lebih seorang timbalan perdana menteri, dan siapa yang mengisi Kabinet.

“Pakatan tidak dapat menubuhkan kabinet bayangan selepas lebih 8 tahun wujud. Bagaimana mereka hendak menubuhkan kabinet jika menang pilihan raya?”