
lebih-lebih lagi perayaan Krismas akan disambut tidak lama lagi.
Bagaimanapun, bagi penduduk Selangor, gangguan bekalan air adalah perkara biasa setiap tahun dan ia tidak mengejutkan mereka.
Gangguan bekalan terbaharu ini ialah disebabkan kerja penyelenggaraan Pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Badong, Kuala Selangor.
Syabas berkata, ia akan memastikan bekalan air diagihkan dengan lebih efisien di kawasan-kawasan terlibat di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur selepas loji-loji terlibat beroperasi semula.
Seorang penduduk, Shahful Shaffiq, 31, dari Gombak berkata, beliau semalam sibuk mengisi air ke dalam bekas air bagi menghadapi gangguan bekalan hari ini.
Beliau yang bertugas dengan portal berita online berkata, gangguan bekalan air menimbulkan kesulitan besar bagi memenuhi keperluan hariannya seperti mandi, membasuh dan mamasak.
“Saya mungkin dapat mandi dengan cukup sebelum keluar rumah untuk bekerja, tetapi saya tidak dapat memasak dan membasuh sehingga bekalan kembali pulih.
“Saya juga sudah pergi ke kedai terdekat dan membeli bekas air untuk mengisi air dan diharap cukup untuk keperluan saya,” katanya.
Sementara itu, Noel Chandran dari Selayang Baru berkata, kemungkinan gangguan bekalan air semasa sambutan di ambang Krismas pasti menimbulkan kesulitan kepada beliau dan ahli keluarganya.
“Ini kali pertama, kita hadapi gangguan bekalan air semasa sambutan Krismas. Saya tidak dapat membayangkan keadaan kerana saya sudah jemput keluarga dan rakan-rakan ke rumah saya,” kata warga emas berusia 66 tahun itu.
Chandran berharap Syabas akan menghantar lebih banyak lori tangki ke kawasan terjejas semasa musim perayaan kerana penghuni memerlukan bekalan air mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna.
Sebaliknya, pemilik restoran sudah bersiap sedia bagi menghadapi gangguan bekalan air bermula hari ini.
Pengurus restoran Rodeo Steakhaus, Jai Raido, 23, berkata setiap tahun apabila mengalami gangguan bekalan air, pihak restoran menyediakan tangki bagi memastikan perniagaan berjalan lancar.
“Setiap tahun, kami menyediakan tangki air untuk tujuan memasak dan membasuh, kami biasanya mengisi 2 tangki besar yang diletakkan di atas restoran dan ia boleh bertahan selama 2 hari,” katanya.
Ketika ditanya sama ada perniagaannya terjejas, beliau berkata, perniagaan berjalan seperti biasa setiap hari, tidak kira gangguan bekalan air berlaku atau tidak, pelanggan terus datang,” katanya.
TNB cadang syarikat pengendali air naik taraf jana kuasa ke-2