Hak Mahkamah Persekutuan putuskan Akta Hasutan, kata peguam

Syahredzan-Johan_law_600

PETALING JAYA: Kedudukan terakhir undang-undang Akta Hasutan hanya akan diketahui tahun depan apabila Mahkamah Persekutuan mendengar 2 kes rayuan, kata peguam Syahredzan Johan.

Menurut beliau, keputusan mahkamah tertinggi itu akan mengikat dan menjadi petunjuk bagi mahkamah rendah.

Syahredzan berkata demikian susulan 2 kes baru-baru ini yang bentang di Mahkamah Rayuan dan salah satu akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Pada 25 November lalu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan memutuskan Seksyen 3 (3) tidak mengikut Perlembagaan kerana pihak pendakwaan dikecualikan daripada membuktikan niat tertuduh.

Panel 3 hakim diketuai Datuk Lim Yee Lan berkata kedua-dua niat dan perbuatan mesti dibuktikan dengan mewujudkan kes prima muka.

Dalam kes itu, mahkamah membenarkan permohonan Adun Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei mencabar perlembagaan Akta Hasutan berhubung kecenderungan menghasut dan penaltinya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata kerajaan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Syahredzan berkata kes Mat Shuhaimi adalah undang-undang sekarang sehingga dan melainkan jika Mahkamah Persekutuan menetapkan meminggirkan keputusan itu.

Pada Selasa, panel hakim Mahkamah Rayuan membebaskan bekas aktivis pelajar, Muhammad Safwan Anang yang didakwa menggesa orang ramai menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan 3 tahun lalu.

Bagaimanapun, kes ini sudah dimuktmadkan kerana perbicaraan Safwan bermula di Mahkamah Sesyen.

Satu lagi kes yang akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan adalah rayuan terhadap sabitan mendiang Karpal Singh, bekas pengerusi kebangsaan DAP, yang mempersoalkan Sultan Perak berhubung penyingkiran menteri besar pada 2009.

Mahkamah Rayuan pada Mei membuat keputusan 2-1 bagi menegakkan sabitan diputuskan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi pada Februari 2014 mendapati Karpal, bekas peguam dan ahli Parlimen Bukit Gelugor, bersalah kerana menghasut.

Bagaimanapun, panel hakim mengurangkan denda RM4,000 kepada Karpal kepada RM1,800, menterbalikkan kehilangan kelayakan beliau sebagai ahli Parlimen dan membolehkan balunya menerima pencen.

Karpal meninggal dunia pada 17 April 2014 dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung ketika perjalanan ke Pulau Pinang.

Peguam Joanne Leong, yang berada dalam pasukan undang-undang mengendalikan kes Karpal berkata, mereka masih belum mengemukakan memorandum untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.

“Ia terlalu awal untuk mendedahkan apakah isu undang-undang yang akan dibangkitkan,” katanya.

Syahredzan berkata, rakyat perlu sedar Parlimen tahun lepas meluluskan pindaan Akta Hasutan tetapi kerajaan masih belum mengumumkan tarikh penguatkuasaannya.

Pindaan itu boleh mengawal portal berita dan pengguna media sosial lain yang bersikap kritikal.

Perubahan tidak hanya bertujuan memeriksa artikel berita atau ulasan yang dianggap menghasut, tetapi juga untuk membendung maklum balas daripada pembaca.

Syahredzan berkata, peruntukan undang-undang boleh digunakan untuk mengeluarkan sebarang maklumat yang bertentangan dengan pemimpin dan organisasi kerajaan.

Beliau berkata pindaan itu yang memberikan kuasa kepada mahkamah melarang pengedaran penerbitan menghasut adalah serangan serius terhadap kebebasan bersuara dan ekspresi dalam masyarakat demokratik.

Beliau berkata langkah memanjangkan hukuman penjara semaksimum mungkin bagi kesalahan dan menetapkan hukuman minimum 3 tahun.

“Ini bermakna wakil rakyat boleh hilang kelayakan memegang jawatan jika mereka didapati bersalah dan diberikan hukuman penjara,” katanya.

Pada masa ini, mereka yang hukuman penjara lebih setahun dan denda RM2,000 akan kehilangan kerusi.