
Bagaimanapun, Idea berkata dalam jangka masa panjang, Malaysia sebagai negara bukan Opec akan mendapat manfaat daripada kerjasama itu.
Pengurus Hubungan Luar Ideas, Azrul Mohd Khalib menjelaskan kepada FMT, langkah terbaru Petronas akan menyaksikan negara menghasilkan kurang minyak mentah manakala mengimport pada harga pasaran lebih tinggi.
“Walaupun menghasilkan 693,000 tong sehari minyak mentah pada 2015, Kementerian Kewangan mendedahkan tahun lepas sejak 2014, Malaysia menjadi pengimport bersih minyak dan produk petroleum mentah.”
Azrul berkata penggunaan minyak tidak akan jatuh dalam masa terdekat, dan pemotongan pengeluaran berpotensi meningkatkan defisit negara.
“Saya tidak akan terkejut jika kerajaan memutuskan menyusun semula Bajet 2017 dalam beberapa bulan pertama tahun ini.”
Manfaat
Azrul berkata dalam jangka masa panjang, Malaysia boleh mendapat manfaat daripada kerjasama perjanjian itu kerana ia membantu menstabilkan pasaran minyak global secara keseluruhan.
Ia juga memberi laluan kepada harga minyak lebih tinggi pada masa akan datang, di samping memberi kelebihan kepada pengeluar dan meningkatkan pendapatan minyak.
“Dengan perjanjian ini dan kerjasama semua orang, minyak boleh meningkat sehingga AS$57 setong pada 2017. Bagaimanapun, memandangkan Malaysia sekarang pengimport bersih, ia boleh mendatangkan kesan kepada kita.”
Azrul berkata bagi gas asli cecair (LNG) yang mana Malaysia adalah pengeksport bersih utama, kenaikan harga minyak akan meningkatkan pendapatan eksport bersih bagi LNG.
Baru-baru ini, negara Opec dan pengeluar minyak lain bersetuju mengurangkan pengeluaran mereka dalam menghadapi lebihan bekalan minyak mentah.
Semalam, Petronas mengumumkan akan mengurangkan 20,000 tong dalam pengeluaran minyak harian pada 2017.
Dari Januari hingga Mac tahun ini, pengeluaran minyak mentah Malaysia ialah 676,000 tong sehari.
Petronas akan umum kuantum pengurangan pengeluaran bagi 2017