Kit Siang cadang saman NST kerana laporan ‘fantasi’

Kit Siang cadang saman NST kerana laporan ‘fantasi’

Lim Kit Siang menafikan laporan NST yang beliau bertemu Dr Mahathir bagi membuat perjanjian menjadi timbalan perdana menteri jika pembangkang menang PRU14.

lim-kit-siang
KUALA LUMPUR:
Lim Kit Siang, kecewa dengan laporan akhbar New Straits Times (NST) yang mengarahkan peguamnya mengkaji kemungkinan menyaman akhbar itu.

Pemimpin Parlimen DAP itu berkata dalam kenyataannya berhubung laporan NST bertajuk ‘Helah DAP untuk dapatkan jawatan TPM” adalah “fantasi” semata-mata.

“Antara lain, laporan NST itu berkata saya bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 3 Disember dan ‘memeterai perjanjian yang (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir akan menjadi perdana menteri dengan Kit Siang sebagai timbalannya’,” kata Lim.

Mukhriz juga adalah timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Ini adalah imaginasi, kerana saya tidak pernah bertemu Dr Mahathir, sama ada pada 3 Disember atau sebelum ‘memeterai perjanjian’ mengenai persoalan jawatan perdana menteri atau timbalan perdana menteri jika Umno/Barisan Nasional digulingkan dari Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Malah, saya tidak pernah membincangkan soal ini dengan Dr Mahathir,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Beliau berkata ia merupakan petanda yang standard moral dan etika jatuh begitu rendah di Malaysia termasuk dunia kewartawanan, pepatah “Pendapat bebas tetapi fakta adalah suci” saka sekali ditinggalkan NST.

Belia berkata banyak pembohongan mengenai beliau dan pemimpin DAP tersebar di media sosial oleh pihak tidak diketahui, Lim menambah media arus perdana yang menulis “pembohongan” perlu “diajar”.

NST memetik dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang Dr Mahathir dan Kit Siang bertemu untuk membincangkan perkara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.