Guan Eng akan rayu penolakan saman fitnah

Americk-Sidhu-lim-guan-eng

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan merayu penolakan saman fitnahnya terhadap 2 kumpulan media dikaitkan dengan Umno dan 3 yang lain pada bantahan awal.

Peguam Americk Sidhu berkata, permohonan kebenaran merayu akan difailkan minggu depan dengan harapan Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan anak guamnya bersama kes yang difailkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

“Ada alasan yang baik untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan,” katanya.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Feb ini untuk mendengar rayuan Adnan, selepas beliau mendapat kebenaran mahkamah.

Pada 20 Dis, 3 hakim Mahkamah Rayuan, mendengar kes Lim dan dipengerusikan Datuk Rohana Yusuf, berkata mahkamah terikat dengan ketetapan sebelum ini yang pegawai awam tidak boleh menyaman sesiapa sahaja, termasuk media kerana fitnah.

Pada Mac, Mahkamah Rayuan diketuai panel yang sama membatalkan saman Adnan terhadap Utusan Melayu (M) Berhad kerana beliau memfailkan kes dalam kapasiti rasminya.

Mahkamah menerima prinsip undang-undang sebagaimana kes Derbyshire County lawan Times Newspapers Ltd sebagai rujukan.

Dalam kes itu, membuat keputusan pada 1993, mahkamah memutuskan pihak berkuasa tempatan tidak boleh mengambil tindakan undang-undang berdasarkan kritikan awam.

Dalam kes Lim, Rohana berkata jika tidak kerana keputusan kes Adnan, mahkamah mendapati penerbit New Straits Times Press (NSTP), Utusan Melayu, Perkasa, presidennya Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Cawangan Negeri Sembilan Ruslan Kassim bertanggungjawab melabel beliau sebagai ” perisik Singapura “.

Bagaimanapun, beliau berkata hakim mengurangkan jumlah ganti rugi RM550,000 yang diberikan Mahkamah Tinggi kepada RM150,000.

Ruslan mendakwa Lim membocorkan rahsia Malaysia semasa lawatan beliau ke Singapura dengan InvestPenang pada 2011.

Pada Mei 2012, Lim memfailkan saman fitnah terhadap Ruslan, Ibrahim, Perkasa, NSTP, yang ketika itu diterajui Pengarang Kumpulan Datuk Syed Nadzri Syed Harun, dan Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

The New Straits Times dan Berita Harian di bawah NSTP, dan Utusan Malaysia (di bawah Utusan Melayu) menerbitkan komen Roslan.

NSTP, Utusan menang saman Guan Eng