Sekolah Tamil ‘dipaksa’ sertai program dwibahasa, kata Ramasamy

ramasamy-1

GEORGE TOWN: Banyak sekolah aliran Tamil menerima pakai Program Dwibahasa (DLP) di luar kehendak mereka, dakwa Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy selepas NGO pendidikan mengatakan ia adalah “pilihan sepenuhnya”.

Ramasamy berkata Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE) nampaknya seperti tidak sedar beberapa sekolah Tamil tidak diberikan peluang membantah “pilihan” DLP.

“Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim gagal mengambil kira kebajikan sekolah aliran Tamil dan Cina.

“Beliau tidak sedar keadaan sebenar dan hanya mengulang propaganda kerajaan,” Ramasamy memberitahu FMT.

DLP adalah inisiatif kerajaan untuk sekolah rendah dan menengah mengajar mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.

Terdahulu hari ini, Azimah mendakwa Ramasamy “cuai” kerana tidak membuat siasatan sebelum menggesa pemansuhan DLP.

Azimah berkata DLP adalah pilihan dan terpulang kepada ibu bapa, guru dan pengurusan sekolah untuk mengikutinya atau tidak.

Sebagai tindak balas, Ramsamy berkata beliau hanya membantu menyuarakan rungutan ibu bapa terlibat dan menghalang sekolah Tamil daripada “dihapuskan” di negara ini.

“Azimah tidak perlu bersyarah kepada saya berhubung DLP atau menyuruh saya membuat siasatan. Beliau berkata pada pihak yang salah.

“Saya pendidik kanan dan mahir dalam sektor pendidikan, selain merupakan pengajar.

“Persoalan saya saya mahu tanya kepada Azimah adalah – sudahkah beliau mengambil kira kebimbangan sekolah vernakular, iaitu sekolah Cina dan Tamil terhadap DLP?

“Azimah kelihatan sebagai nasionalis arus perdana semata-mata yang tidak mengambil berat tentang kebajikan sekolah vernakular.

“Adakah beliau bertanya sama ada sekolah Tamil mengambil DLP itu secara sukarela? Kami mempunyai maklumat ia dijalankan tanpa kebenaran ibu bapa.

“Sesetengah sekolah tidak layak untuk program ini. Mengapa tidak Azimah bercakap dengan sekolah Cina mengenai penolakan terang-terangan terhadap DLP itu? ”

Untuk layak DLP, setiap sekolah perlu mempunyai bahan pembelajaran mencukupi; pengetua dan guru bersedia melaksanakan program; sokongan penuh daripada ibu bapa; dan pelajar dengan lebih baik purata penguasaannya dalam bahasa Malaysia.

Ramasamy berkata kementerian sepatutnya menghapuskan DLP kerana ia merupakan ancaman kepada sekolah vernakular, terutama sekolah Tamil.

Beliau berkata tidak ada keperluan pelajar sekolah Tamil mempelajari STEM dalam bahasa Inggeris atau Malaysia kerana mereka melakukannya dengan baik mata dalam bahasa Tamil.

PAGE slams Ramasamy in dual language programme row