Pemerdagangan manusia: 11 hari diseksa, wanita Bangladesh berjaya lari

Bangladeshi-flees-human-traffickers-who-raped-her-in-MalaysiaPETALING JAYA: Seorang wanita berusia 20 tahun kembali ke Bangladesh pada Ahad selepas berjaya melepaskan diri daripada cengkaman sindiket pemerdagangan manusia yang menderanya secara seksual sekurang-kurangnya 20 kali sejak 11 hari tiba di Malaysia.

The Daily Star melaporkan hari ini wanita muda, Bithi (bukan nama sebenar), mendakwa berkali-kali didera secara seksual ketibaan pada 18 Januai.

Bithi, pekerja kilang pakaian di Mirpur, datang ke Malaysia selepas dijanjikan pekerjaan lebih baik yang datang dengan gaji Tk20,000 (Bangladesh Taka), bersamaan RM1,115.

Ibunya menjual barang kemas dan tanah keluarga bagi menampung kos penghijrahan berjumlah Tk150,000 sebagaimana diminta 2 broker yang menawarkan pekerjaan, kata Bithi kepada ahkbar Bangladesh.

Mengikut fakta kes, Bithi meninggalkan Dhaka ke Kuala Lumpur pada 18 Jan, dan awal pagi keesokan harinya dibawa ke sebuah hotel.

Pada hari yang sama, beliau dipindahkan ke sebuah rumah dan bertemu seorang warga asing dan 3 lelaki warga Bangladesh, wakil sindiket.

Menurut Daily Star, Bithi kemudin dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka sepanjang malam.

Pagi esoknya, Bithi dipindahkan sekali lagi oleh lelaki warga Bangladesh, yang memberitahu beliau dijual kepada seorang lelaki Cina dan perlu memberi “perkhidmatan” kepada pelanggan beliau.

Bithi dipindahkan dari hotel ke hotel selama beberapa hari dan sentiasa dikurung di dalam bilik dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan ahli sindiket berulang kali.

Bithi juga mendakwa seorang daripadanya merakam video seks beliau dengan 2 lelaki lain.

Beliau berpeluang melarikan diri datang apabila jatuh sakit dan dibawa ke sebuah klinik pada 24 Jan oleh salah seorang anggota sindiket.

The Daily Star melaporkan Bithi berkata lelaki berkenaan memintanya mengaku sebagai isteri, tetapi sebaliknya Bithi menjerit dan menimbulkan kekecohan, menyebabkan sindiket tersebut melarikan diri.

Bithi berjaya menemui tempat berlindung dan menghubung suaminya di Bangladesh.

Ahli keluarganya menghubungi pertubuhan bagi mendapatkan bantuan undang-undang dan hak asasi manusia Bangladesh, Ain Salish Kendra (ASK) dan menghubungi Mohammad Harun al-Rashid, aktivis hak pekerja warga Bangladesh yang bekerja dengan Tenaganita yang kemudian menghantar kepadanya salinan pasport Bithi, foto dan nombor telefon.

Harun berjaya mengesan lokasi Bithi dan membawanya ke pusat perlindungan yang dikendalikan Tenaganita, sebuah pertubuhan hak asasi pendatang.

Dengan bantuan Tenaganita, beliau diberi bantuan kewangan untuk mendapatkan tiket pulang ke Bangladesh.

ASK memberitahu Daily Star mereka akan membantu Bithi membuka kes terhadap broker yang mengatur perjalanannya ke Malaysia.