Mudah sertai IS tapi tiada jalan keluar, kata polis

ayobmydinPETALING JAYA: Berapa segera anda boleh menjadi ahli kumpulan pengganas paling terancang di dunia? Ia hanya mengambil masa kurang seminit, kata Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8), Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Hanya sumpah taat setia yang mudah akan mengikat seseorang dengan kumpulan militan Islamic State (IS). Untuk keluar, cara paling cepat adalah maut.

“Dahulu, seorang ahli baru perlu menghadiri satu majlis dan akan dapat berjabat tangan dengan pemimpin,” kata Ayob. “Hari ini, kita boleh melakukannya dalam talian, menggunakan aplikasi.”

Sebelum pengenalan Telegram dan WhatsApp, seseorang itu boleh atau jika mahu, mengangkat sumpah melalui video dan menerbitkannya dalam talian untuk dilihat sesiapa sahaja di seluruh dunia.
“Ia lebih sekadar video sumpah taat setia,” kata Ayob. “Ia juga taktik untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang ramai, seperti seorang pemimpin Abu Sayyaf Isnilon Hapilon lakukan pada 2014.”

Dalam video yang disiarkan di YouTube, Isnilon dan beberapa rakan dilihat dalam pakaian perang, berikrar taat setia kepada pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi.

Ayob menasihatkan mereka yang berniat untuk menyertai kumpulan itu mempertimbangkannya semula, berkata mereka boleh menjemput maut.

Menurut laporan express.co.uk yang diterbitkan pada 2015, seorang remaja Austria menyertai IS didakwa “dipukul hingga mati” oleh pejuang kumpulan itu ketika cuba melarikan diri daripada cengkaman mereka.

Laporan itu berkata, mangsa yang mahu berhenti selepas jijik dengan apa yang kumpulan itu lakukan.

Ayob menjelaskan sumpah taat setia itu memerlukan ahli melaksanakan arahan tanpa teragak-agak.

Beliau berkata sumpah itu dipermudahkan kerana IS mahu meningkatkan keahliannya dalam masa yang singkat.

“Mereka mahu mengembangkan kumpulan agar mempunyai ahli di serata dunia. Dengan kemajuan teknologi, sumpah itu boleh dilakukan di mana sahaja.

“Mereka juga boleh menggunakan aplikasi untuk mengumpulkan data mengenai ahli di seluruh dunia.”

Beliau berkata kebanyakan yang ditahan pasukan memerangi keganasan membacakan sumpah dalam talian tanpa bersemuka pemimpin mereka.