Ideas: Akta pemberi maklumat tak lindungi sumber sepenuhnya

Wan-Saiful-Wan-Jan-ideas-bmPETALING JAYA: Jumlah pemberi maklumat salahlaku yang terlalu kecil disebabkan kelemahan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2012 (Akta 711), kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Merujuk kertas dasar “Kajian kritikal ke atas Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010” oleh ahli lembaga Ideas dan bekas presiden Badan Peguam Christopher Leong, Ketua Pegawai Eksekutif Wan Saiful Wan Jan berkata terdapat jurang antara apa yang perlu dilaporkan dan apa yang dilaporkan.

“Ramai pakar bersetuju pemberi maklumat cara terbaik menemui rasuah. Di negara seperti Amerika Syarikat, sebanyak 46% kes penipuan terbongkar kerana pemberi maklumat.

“Bagaimanapun di Malaysia jumlahnya terlalu kecil. Hanya 28 daripada 8,953 aduan yang dibuat SPRM pada 2012 daripada pemberi maklumat. Jumlah itu bersamaan 0.3% kes,” kata Wan Saiful dalam kenyataan.

Pemberian maklumat adalah tindakan mendedahkan maklumat tentang aktiviti haram atau tidak berertika dalam suatu pertubuhan.

Christopher dalam kertasnya menilai kelemahan Akta 711 dan menggesa reformasi dilakukan bagi memperbaiki perlindungan dan bantuan kepada pemberi maklumat.

Wan Saiful berkata kelemahan Akta 711 paling nyata ialah ia tidak memberi perlindungan secukupnya kepada pemberi maklumat malah dalam kes tertentu tidak mengalakkan perbuatan itu.

“Individu yang melaporkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi misalnya, boleh didakwa dengan denda RM1 juta atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya.

“Tetapi kakitangan awam atau penggubal undang-undang yang terlibat dengan maklumat sensitif perlu digalakkan untuk mengetengahkan kes penipuan atau rasuah, bukannya dihukum.”

Lebih buruk lagi, katanya, menteri akan tentukan sama ada tindakan perlu diambil oleh agensi penguat kuasa, seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti.

“Ia merupakan tamparan hebat kepada pemberian maklumat melihat kepada tahap kawalan eksekutif ke atas perlindungan yang diberikan pemberi maklumat.

Ia merupakan satu tamparan hebat kepada perbuatan itu pada tahap kawalan eksekutif ke atas perlindungan pemberi maklumat. Akta ini beri kuasa penuh kepada menteri untuk mengarahkan tindakan agensi penguat kuasa dalam melaksanakan akta ini.

“Bagaimanapun, kuasa itu sama sekali berlawanan dengan tujuan akta ini, iaitu untuk membantu mendedahkan salah laku dalam kalangan kakitangan awam,” kata Wan Saiful.

Beliau mencadangkan akta itu dipinda supaya proses pemberian maklumat diuruskan sebuah badan bebas.

Wan Saiful menjelaskan badan bebas itu boleh memainkan peranan sebagai pusat sehenti untuk pemberi maklumat daripada pemberi maklumat pergi kepada agensi penguat kuasa tertentu.

“Memandangkan tekanan hebat yang dialami saksi, akta ini perlu pertimbangkan keperluan pemberi maklumat. Individu itu mungkin lebih selesa bercakap dengan peguam berbanding dengan pegawai kerajaan.

“Di United Kingdom, Australia dan banyak negara lain, sudah menjadi kebiasaan pemberi maklumat melaporkan kes kepada media atau penggubal dasar. Individu itu masih dilindungi di bawah undang-undang, tidak seperti di Malaysia,” kata Wan Saiful.