Program Gap Year beri peluang pelajar timba pengalaman

idris-jusoh_kolej_studen_6001

SUBANG JAYA: Program Gap Year anjuran Kementerian Pengajian Tinggi membolehkan pelajar melakukan aktiviti yang mereka suka, bekerja dan berkhidmat untuk negara selain mendapat pengalaman berharga.

Program yang julung kali diadakan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk “bercuti” selama setahun daripada pengajian dan mereka akan berkhidmat untuk negara.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata program ini melibatkan 4 agensi kerajaan iaitu polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Program Khidmat Negara (PLKN) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA).

“Pelajar yang terlibat boleh melaksanakan program sukarelawan melalui 4 agensi kerajaan tersebut.

“Mereka akan ditetapkan sebagai kadet polis atau askar sementara dalam tempoh setahun,” katanya.

Difahamkan Program Gap Year akan bermula pada September ini melibatkan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan hanya terbuka kepada pelajar tahun ke-2 dan ke-3 saja.

“Ini bukan perkara baru, Program Gap Year juga dilaksanakan di negara Eropah.

“Di Malaysia, kita buat program sebegini melalui PLKN,” katanya pada Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia ke-21, hari ini.

Program Gap Year akan melibatkan 8 universiti tempatan iaitu UKM, UiTM, Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah.