Kaunter pasport seluruh negara ditutup 8 April

pasport

KUALA LUMPUR: Semua kaunter pasport di seluruh negara akan ditutup pada 8 April ini bagi kerja-kerja menaik taraf Sistem Imigresen Malaysia (myIMMS).

Imigresen dalam kenyataan media di sini memaklumkan penutupan itu membabitkan semua kaunter pasport di ibu pejabat serta cawangan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang akan ditutup bermula 12.00 pagi sehingga 11.59 malam.

“Untuk makluman, kerja-kerja naik taraf Jabatan Imigresen bertujuan meningkatkan lagi kualiti capaian terhadap sistem utama JIM.

“Sehubungan itu, sepanjang tempoh masa kerja-kerja ini dijalankan, capaian terhadap sistem myIMMS akan mengalami gangguan,” menurut kenyataan itu.