Penanam sawit tempatan siap sedia hadapi kekurangan tenaga kerja

Zakaria-Arshad-fgvKUALA LUMPUR: Penanam kelapa sawit tempatan bersiap sedia menghadapi kekurangan tenaga kerja, apabila penuai dari Indonesia tidak berminat dengan nilai ringgit yang lemah serta peluang yang lebih baik di negara sendiri.

Kekurangan pekerja di pengeluar ke-2 terbesar dunia boleh menyebabkan tuaian tertangguh dan mengekang pengeluaran kerana kadar pengekstrakan menurun apabila sawit lewat dipungut, menjejaskan industri komoditi eskport utama negara tetapi berpotensi mengukuhkan harga yang turun hampir 15% tahun ini.

Penanam kelapa sawit tempatan menganggarkan 70% tenaga kerja mereka daripada Indonesia, di mana kakitangan lazimnya terdorong kepada peluang gaji yang lebih tinggi dalam budaya yang mempunyai kesamaan dengan mereka.

Tetapi nilai mata wang ringgit menjunam berberapa tahun ini apabila harga minyak rendah melanda negara, salah satu pengeluar gas utama dunia, turun 15% berbanding rupiah sejak 2015.

Nilai mata wang, di samping permintaan tenaga kerja di Indonesia dengan pembukaan ladang baharu di sana, mengurangkan jumlah warga Indonesia yang menuju ke Malaysia, kata penanam. Ada yang mengatakan peraturan lebih ketat akibat prosedur imigresen yang lebih ketat dalam pengambilan pekerja asing.

“Tahun ini, pengeluaran akan terjejas kerana (kekurangan) pekerja,” kata Zakaria Arshad, ketua eksekutif Felda Global Ventures Berhad, antara operator peladangan sawit terbesar Malaysia.

“Masih untuk mendapatkan pekerja, terutamanya dari Indonesia.”

Pekerja ladang dibayar lebih sedikit daripada gaji minimum, sekitar RM1,000 di Malaysia Barat dan 3.35 juta rupiah di Indonesia.

“Naik turun nilai ringgit tidak mengalakkan pekerja Indonesia ke Malaysia,” kata seorang penanam tempatan, yang tidak mahu dinamakan kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media.

“Keadaan semakin buruh berbanding beberapa tahun lepas,” katanya, menambah pengambilan pekerja dari negara lain seperti Bangladesh memerlukan masa berbulan untuk diaturkan.

Oleh kerana pengeluaran sawit memuncak antara suku tahun ke-3 dan ke-4, impak kekurangan pekerja dijangka meruncing.

“Secara idealnya kami perlu percepatkan pengambilan pekerja sebelum musim tanaman yang tinggi pada hujung tahun,” kata pengarah sebuah lagi operator minyak sawit tempatan, yang juga tidak mahu dinamakan.

Indonesia merupakan pengeluar minyak sawit utama dunia, mengeluarkan 31.8 juta tan tahun lepas. Malaysia menghasilkan 17.3 juta tan minyak tropika itu, yang digunakan dalam pelbagai produk daripada kosmetik kepada cokelat dan minyak bio.

“Kami sedar ladang di Malaysia semakin payah mendapatkan tenaga kerja,” kata Nicholas J Whittle, ketua pegawai kewangan di syarikat peladangan sawit Indonesia, Sawit Sumbermas Sarana Tbk.

“Kami jangka ia akan menambah tekanan ke atas bekalan…yang mungkin akan memberi kesan (kepada harga).”