Bollywood bukan pentas saya, kata Ramli Ibrahim

Ramli-Ibrahim-bollywoodNEW DELHI: Legenda tarian klasik India dari Malaysia, Datuk Ramli Ibrahim berkata “Bollywood bukan pentas saya,” yang sekali gus menolak kemungkinan pembabitan beliau dalam bidang perfileman komersial di India.

“Saya suka bekerja di panggung tarian. Filem adalah sebuah dunia lain dan mempunyai agenda yang berbeza juga,” katanya kepada Bernama.

Ramli mengadakan persembahan Odisi terbaru daripada Sutra Foundation berjudul “Amorous Delight – A Case of Possession by Love” di New Delhi, Khamis lepas.

Ditanya sama ada beliau akan menimbang untuk melibatkan diri dengan industri perfileman India sebagai pereka tari atau peranan lain, Ramli berkata: “Saya tak mampu melakukannya. Bollywood bukan pentas saya.”

Penari itu berkata, beliau lebih suka terlibat dengan persembahan berasaskan tarian klasik di India kerana persembahannya dihargai penonton.

Tahun lepas, persembahan tarian Odissi beliau, Ganjam, yang diilhamkan daripada warisan budaya Ganjam, sebuah daerah di negeri Odisha, di timur India.

Ramli berkata, gaya tarian Odissi kini “bertapak kukuh” di Malaysia, bersama-sama Bharatnatyam.

Menurutnya, “Amorous Delight” merupakan persembahan Odissi kontemporari yang diilhamkan daripada koleksi sajak Sanskrit abad ke-9, Amarushataka.

“Mengenai kebudayaan India dalam masyarakat pelbagai kaum komtemporari Malaysia, Bharatnatyam dan Odissi mudah mendapat penerimaan, di samping Bollywood, yoga, sari, dosa dan mesej ayurvedi,” katanya kepada penonton sebelum persembahan itu dimulakan.