Laluan MRT Semantan-Kajang operasi Julai ini

mrt_600

PETALING JAYA: Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) fasa ke-2 dari Semantan ke Kajang sejauh 30 kilometer melibatkan 19 stesen dijangka beroperasi sepenuhnya Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata, ia adalah kesinambungan laluan fasa pertama dari Sungai Buloh ke Semantan yang beroperasi Disember tahun lepas.

“Mengikut perancangan MRT Corp, laluan fasa ke-2 dijangka dilancarkan Julai ini dan laluan dari Semantan ke Kajang akan dibuka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Rapid Rail di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ara Damansara di sini, hari ini.