Pesawat Malaysia Airlines bawa 67 orang tergelincir mendarat di Sibu

MAS-SibuKUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang membawa 61 penumpang dan 6 orang anak kapal tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Sibu dalam hujan lebat malam tadi.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian 10.17 malam itu yang melibatkan Penerbangan MH2718 daripada Kuala Lumpur.

“Semua di atas pesawat selamat dibawa turun menerusi dua rakit gelongsor,” kata syarikat itu menerusi Facebook.

Ia berkata siasatan segera diadakan bagi menentukan punca kejadian itu yang melibatkan pesawat Boeing 737-800.

“Keselamatan semua penumpang menjadi keutamaan Malaysia Airlines,” tambahnya.