Tunku Ismail ketuai 3 jawatankuasa tetap FAM

TMJ-FAMKUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhir bulan lepas akan mengetuai 3 jawatankuasa tetap badan induk itu.

Tiga jawatankuasa berkenaan adalah Jawatankuasa Darurat, Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan serta Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan berkata, pemilihan Tunku Ismail diputuskan pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi sesi 2017-2021 di Kota Kinabalu, Sabah semalam.

Timbalan presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi pula akan mengetuai Jawatankuasa Pertandingan tempatan sambil dibantu Mohd Firdaus Mohamed.

Seorang lagi timbalan presiden, Datuk Seri Subahan Kamal dipilih menerajui Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia dengan dibantu bekas wartawan sukan, Christopher Raj.

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim pula dilantik sebagai Bendahari FAM selain ditugaskan memimpin Jawatankuasa Audit Dalaman.

Berikut adalah senarai penuh pengerusi jawatankuasa tetap FAM bagi penggal 2017-2021:

Jawatankuasa Darurat:
Pengerusi: Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan:
Pengerusi: Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan:
Pengerusi: Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan:
Pengerusi: Datuk Mohd Yusoff Mahadi
Timbalan Pengerusi: Mohd Firdaus Mohamed

Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa:
Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayob
Timbalan Pengerusi: Datuk S. Sivasundaram

Jawatankuasa Pengadil
Pengerusi: Subkhiddin Mohd Salleh
Timbalan Pengerusi: Datuk Aminuddin Omar

Jawatankuasa Audit Dalaman:
Pengerusi: Datuk Ismail Karim
Timbalan Pengerusi: Shafizah Umamah Abdul Mutalib

Jawatankuasa Bola Sepak Wanita:
Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob
Timbalan Pengerusi: Shafizah Umamah Abdul Mutalib

Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia:
Pengerusi: Datuk Seri Subahan Kamal
Timbalan Pengerusi: Christopher Raj

Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai:
Pengerusi: Datuk Rosmadi Ismail
Timbalan Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayob

Jawatankuasa Perubatan Sukan:
Pengerusi: Datuk Ab. Ghani Hassan
Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam:
Pengerusi: Christopher Raj
Timbalan Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob

Jawatankuasa Keselamatan:
Pengerusi: Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman
Timbalan Pengerusi: SAC Datuk Azisman Alias

Jawatankuasa Integriti:
Pengerusi: Tan Sri Aseh Che Mat
Timbalan Pengerusi: Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff

Jawatankuasa Tatatertib:
Pengerusi: Datuk Baljit Singh Sidhu
Timbalan Pengerusi: Datuk Dr. Abd Shukor Ahmad

Jawatankuasa Rayuan:
Pengerusi: Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff
Timbalan Pengerusi: Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif

Pelesenan Kelab
First Instance Body:
Pengerusi: Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif

Badan Rayuan
Pengerusi: Dr Wirdawati Mohd Radzi

Bendahari: Datuk Ismail Karim