Chef Wan ‘rasa loya’ politik perkauman

chef-wanPETALING JAYA: Selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkata beliau berasa “mual” dengan permainan politik perkauman sesetengah pihak di negara ini, sambil berkongsi pandangan seorang pemandu teksi di Pulau Pinang yang memuji perubahan yang berlaku di bawah kerajaan negeri diketuai DAP itu.

“Ahli politik perlu berhenti jatuhkan satu sama lain… perkauman ini membuatkan saya rasa loya.

“Kita boleh maju dan lakukan perubahan besar!” katanya dalam kiriman Instagram baru-baru ini, sambil memuat naik video perbualannya dengan seorang pemandu teksi di Pulau Pinang, yang meluahkan rasa gembira dengan perubahan yang dilakukan pentadiran DAP negeri itu.

“Rakyat sendiri hari ini boleh menilai segalanya, apa lagi dengan segala permainan kotor dan memualkan yang dipentaskan di sana,” kata Chef Wan.

“Hanya orang bodoh tidak boleh melihatnya kerana masing-masing ada agenda sendiri konon takut itu dan ini. Tetapi sekiranya anda jujur dan mahu membawa perubahan di negara ini, anda akan terus melakukannya walaupun berdepan propaganda yang kita lihat hari ini di kalangan ahli politik… naik meluat!”

Dalam video 30 saat itu, pemandu teksi itu berkata pelancong ke Pulau Pinang berpuas hati dengan perubahan yang berlaku.

“Dia (pengunjung) kata banyak perubahan. Pertamanya, sangat bersih. Kemudian bangunan lama-lama dihidupkan balik, very beautiful (sangat cantik),” katanya ketika ditanya Chef Wan.

Pemandu itu berkata pemerhatian beliau itu tidak mengambil kira soal bangsa dan agama.

“Betul, saya pun sama,” jawab Chef Wan.

 

View this post on Instagram

My taxi conversation to airport now ..listen to what Penang is like now. True that a good governance of the state will speak by itself from the Tourist that visited our countries that kept saying how wonderful this old cities is and well preserved to the rakyat biasa yg menikmati secara apa yg di sediakan. Saya selalu percaya jika kita rajin berusaha and dont talk shit and Politicians should learned to stop putting each others down and worst this racist perkauman etc shit that make me rasa loya perhaps we can prosperous and make that big change! Rakyat sendiri hari ini boleh menilai segalanya what more all that filthy and sick game being stage up there! Only idiots and bad apples cannot see all this as masing2 ada agenda sendiri konon takut itu dan ini.. However if u are honest and just want to bring changes to this nation u will do it anyway despite all that propoganda yg kita lihat hari ini among all politicians…. naik meluat! Saya tak kiri dan tidak kanan. Saya sayang negara saya mau pun bangsa saya apa tah agama saya tetapi saya tak reti simpan dendam dan iri hati…. I just went to do what i need to do for my country despite others that refused to help me and put me down. Nak kata mulut saya jahat mulut dia lagi mcm longkang dan otak dia tu lagi jahat. If i expose this some day dia boleh gulung segala tikar bantal dia tu! Hee hee..

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on