Kemenangan Hadi dan Tuan Ibrahim dijangka, kata bekas pemimpin PAS

pasKUALA LUMPUR: Kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan tertinggi dalam PAS hanya menyerlahkan sikap anti-demokrasi dalam parti Islam itu, kata seorang bekas naib presiden parti itu.

Salahuddin Ayub, kini timbalan presiden Amanah, berkata sepanjang pengalamannya dalam PAS, pemimpin yang dilihat terlalu demokratik akan disingkirkan dari parti.

“Itulah cara mereka amalkan.

“Kadang-kadang sesiapa yang cuba menunjukkan sikap demokratik dalam PAS ini akan disembelih, mereka lebih suka memilih cara yang dilihat tidak begitu demokratik,” katanya.

Hadi, 69, memegang jawatan presiden PAS sejak 2002, selepas kematian Datuk Fadzil Noor. Tuan Ibrahim, 56, memegang jawatan timbalan presiden selepas menewaskan Mohamad Sabu.

Hadi, Tuan Ibrahim menang 2 jawatan tertinggi PAS tanpa bertanding