Perkata dakwa ada bukti baharu, gesa SPRM siasat lanjut kes Mara Inc

Adzly-Ab-Manas

PUTRAJAYA: Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota (Perkata) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mendakwa terdapat bukti baharu berkaitan pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) di Australia.

Setiausaha Agung Perkata, Adzly Ab Manas mahu SPRM membuat siasatan lanjut berikutan penemuan bukti baharu tersebut yang melibatkan sebuah syarikat tidak aktif.

“Kami sedia menyerahkan bukti terbaharu tersebut sekiranya diperlukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Pada 26 Jun tahun lalu, Pengerusi Mara yang kini sedang digantung tugas Tan Sri Annuar Musa menyerahkan dokumen-dokumen kepada SPRM berkaitan pembelian pangsapuri oleh Mara Inc di Australia.