Zahid sokong lantikan portfolio tambahan Hishammuddin

zahid-hishammuddinKUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyokong tugas baharu Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dilantik sebagai menteri dengan tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini.

“Saya menyokong tugas baharu yang diberikan untuk membantu perdana menteri dalam misi dan tugas-tugas khas bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan tugas tertentu yang akan membawa kepada kelicinan pentadbiran kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zahid berkata, pelantikan itu amat sesuai dan beliau yakin Hishammuddin mampu untuk melaksanakan tugas berkenaan.

Pelantikan itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib berkata, Hishammuddin masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.