HBA gesa pembeli rumah mangsa EOT tuntut hak mereka

Chang-Kim-Loong_rumah_hba_new_600PETALING JAYA: Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) menggesa pembeli rumah yang lambat mendapat hartanah mereka tepat pada masa ditetapkan supaya mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan.

Setiausaha Agung Kehormat HBA Chang Kim Loong berkata demikian susulan pendedahan di Dewan Rakyat mengenai kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan memberikan tempoh lanjutan masa (EOT) sehingga 340 bulan kepada pemaju sejak 2014.

Di bawah perjanjian jual beli (SNP), pemaju perumahan sepatutnya melengkapkan dan menyerahkan unit kepada pembeli dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 24 bulan bagi rumah bertanah dan 36 bulan bagi rumah berstrata, jika tidak pemaju terpaksa membayar pampasan ganti rugi tetap (LAD) kepada pembeli.

Bagaimanapun, dalam “keadaan tertentu” pemaju boleh merayu kepada kementerian untuk EOT yang membolehkan mereka melanjutkan tarikh penghantaran unit tanpa perlu membayar LAD.

“Sekarang, HBA membantu pembeli rumah mendapatkan hak mereka dalam 4 kes di mana EOT sudah diberikan kepada pemaju.

“Tetapi pasti ada ramai lagi yang terjejas. Mesej kami kepada mereka supaya mendapatkan nasihat daripada pengamal undang-undang bebas atau berjumpa kami dengan niat untuk mendapatkan pembelaan undang-undang.

“Kami akan membimbing mereka mendapatkan hak yang termaktub di bawah undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang mengulangi gesaan kepada pembeli menangguhkan keputusan membeli rumah jika tidak pasti tarikh siap projek, memandangkan banyak EOT sudah diberikan.

“Saya fikir lebih selamat jika pembeli rumah tidak membeli mana-mana hartanah, melainkan pemaju memberi jaminan mereka tidak akan memohon EOT daripada menteri atau pengawal perumahan dan kerajaan boleh jamin ia tidak akan mengeluarkan EOT lagi

Pada Mac lalu, Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah kementerian yang memberi tempoh lanjutan 12 bulan kepada BHL Construction Sdn Bhd yang menyebabkan pembeli rumah tidak dapat menuntut pampasan.

HBA selar Rahman Dahlan, dakwa hak pembeli dinafi