KDN nafi rakam perbualan telefon, media sosial

Datuk-Seri-Alwi-IbrahimPUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial orang ramai di negara ini, kata Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim hari ini.

Beliau menegaskan mesej palsu yang sedang dikitar semula di media sosial tiada kaitan dan bukan dikeluarkan oleh KDN.

“Orang ramai diminta agar lebih berhati-hati dengan penularan mesej palsu seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Mesej yang tersebar kononnya dikeluarkan KDN antara lain menyebut terdapat peraturan komunikasi baharu yang memastikan semua panggilan direkodkan, semua media sosial dan forum dipantau serta peranti akan disambungkan ke sistem kementerian itu.