5 cedera selepas turbulens melanda pesawat AirAsia X

airasia-turbulence-injuredPETALING JAYA: AirAsia X hari ini mengesahkan salah satu penerbangannya dilanda turbulens teruk, mencederakan 5 penumpangnya semalam.

Menafikan dakwaan hampir 20 penumpangnya cedera, penerbangan bajet itu dalam kenyataannya berkata mereka yang tercedera dirawat paramedik di lapangan terbang selepas mendarat.

“Penumpang lain dilayan kakitangan kami dan diberi bantuan yang diperlukan,” katanya penerbangan itu kepada FMT.

Penerbangan D7 377, dinaiki 11 anak kapal dan 291 penumpang, dilanda turbulens dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dari Taipei.

Pesawat A330-300 mendarat dengan selamat di klia2 pada 12.30 tengah hari.

Video kejadian yang tular di WhatsApp menunjukkan anak kapal AirAsia cuba menawarkan bantuan dan meredakan ketakutan para penumpang.

Seorang penumpang dilihat di atas lantai sementara seorang laki penumpang memberitahu anak kapal dia berasa mual.

Apabila turbulens semakin teruk, seorang anak kapal memaklumkan penumpang dan anak kapal lain supaya kekal di kerusi masing-masing dan cuba bertenang kepada “keadaan akan bertukar menjadi baik”.