Kesatuan pekerja KTMB desak kementerian batalkan RNAA

KTMB_talk11

KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) mendesak kementerian pengangkutan membatalkan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) sebelum bengkel penyelesaian yang dijangka diadakan Ogos nanti.

Bengkel tersebut bakal melibatkan kesatuan, pengurusan KTMB dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), bertujuan untuk menyelesaikan kebuntuan yang berbangkit daripada bantahan terhadap RNAA.

Presidennya Abdul Razak Md Hassan berkata pihaknya menawarkan alternatif yang lebih baik kepada perjanjian yang didakwa akan menyebabkan pemberhentian 4,000 kakitangan KTMB.

KPPKTMB berharap suatu penyelesaian yang lebih menguntungkan kakitangan dapat dicapai melalui bengkel itu nanti.

“Kita akan wujudkan 1 alternatif baru, lebih bagus, lebih maju. Yang pasti pekerja tidak akan dibuang dan KTMB mempunyai skop perniagaan yang lebih luas,” katanya pada sidang media di ibu pejabat kesatuan hari ini.

KTMB_talk113

KPPKTMB semalam mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung perkara ini, bagaimanapun tiada kata putus daripada mesyuarat itu.

RNAA merupakan perjanjian untuk mengasingkan pengendali perkhidmatan kereta api di bawah KTMB, dengan pemilikan, pengurusan dan penyelenggaran aset yang bakal diletakkan di bawah Perbadanan Aset Kereta Api atau RAC.

Razak berkata perjanjian itu bakal memberi implikasi yang besar kepada pekerja dan KTMB, daripada sudut perkhidmatan dan kepentingan negara.

“Kalau RNAA tidak dibatalkan, kami akan menolak ‘habis-habisan’ dengan mengemukakan mesej yang sama seperti resolusi 10 buah cawangan yang diputuskan dalam mesyuarat agung cawangan rangkaian kereta api untuk menolak RNAA,” tegasnya.

Pekerja KTMB tidak akan hilang pekerjaan