RapidKL siasat kes penumpang tua dipaksa turun

Old-woman-forced-to-get-off-Rapid-busPETALING JAYA: RapidKL sudah memulakan siasatan ke atas dakwaan salah seorang pemandunya memaksa seorang penumpang warga tua turun daripada bas di ibu negara.

Jurucakap memberitahu FMT siasatan akan mengambil masa 3 hingga 5 hari untuk selesai selepas mereka mengenal pasti pemandu yang didakwa.

“Bergantung kepada sifat kes, seperti betapa serius kesalahan itu atau pemandu adalah pesalah berulang, pemandu boleh digantung atau dipecat.

“Alternatifnya, pemandu akan dirujuk ke sesi latihan perkhidmatan pelanggan,” kata jurucakap itu.

Syarikat itu menjawab surat yang disiarkan FMT awal hari ini, di mana penulis mendakwa seorang perempuan warga tua, dipercayai sekitar 70-an, sudah membayar tiket tetapi diminta menunjukkan bukti seorang warga emas.

Menurut penulis, apabila warga tua itu gagal mencari kad warga emas, yang membolehkan dia mendapat diskaun, dia menyumpah dirinya di atas nasib malang itu, menyebabkan berlakunya pertengkaran dengan pemandu yang menyangka warga tua itu menyumpahnya.

Pemandu itu kemudian menuntut warga tua itu turun daripada di hentian seterusnya di Jalan Pasar.

Pada awalnya warga tua itu enggan, tetapi beralah selepas penumpang lain menasihatkannya supaya tidak bertengkar dengan pemandu itu, menurut surat itu.