Rasuah tanah wakaf masjid: Pembeli pula direman 4 hari

sprm_handcuff_new_6121

MELAKA: Seorang ahli perniagaan direman 4 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dalam proses penjualan tanah wakaf masjid.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd Anuar Ostadi membenarkan suspek direman berikutan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berkenaan yang berpakaian kemeja-T jingga “Lokap SPRM” dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh jam 10.30 pagi ini untuk permohonan reman itu.

Bernama semalam melaporkan suspek berusia 66 tahun itu merupakan pembeli tanah berkenaan ditahan di pejabat SPRM Melaka di Alai pada jam 12.15 tengah hari semalam.

Tanah wakaf tidak boleh dijual-beli dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Rabu lepas, bekas pengerusi dan bekas setiausaha jawatankuasa sebuah masjid direman 4 hari bagi membantu siasatan kes sama.

Rasuah jual tanah wakaf, 2 bekas jawatankuasa masjid direman