Statistik: Peniaga Cina paling ramai dikenakan tindakan

mbpjGEORGE TOWN: Perniagaan milik peniaga Cina di Pulau Pinang paling banyak dikenakan tindakan dalam 4 bulan pertama tahun ini, menurut statistik pihak berkuasa tempatan hari ini, menjawab dakwaan berat sebelah dalam penguatkuasaan undang-undang

Dala kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hari ini, peniaga Cina paling ramai dikenakan tindakan iaitu untuk 158 kesalahan, diikuti Melayu (103), India (31) dan lain-lain (13).

Bagaimanapun jumlah penjaja tanpa lesen paling tinggi adalah Melayu iaitu 53 kes manakala peniaga Cina paling tinggi dikenakan tindakan untuk kesalahan menghalang tempat awam iaitu 76 kes.

Peniaga Cina juga paling tinggi dikenakan tindakan untuk kesalahan binaan tambahan, iaitu 26 kes.

mbpj-table

Semalam, 2 pekerja gerai makanan laut melarikan lari penguatkuasa MBPP dalam usaha menghalang gerai haram mereka diserbu buat kali ke-4.

Mereka memandu lori itu sejauh 2km ke Balai Polis Pulau Tikus, dimana mereka membuat laporan polis terhadap pasukan penguat kuasa MBPP.

Mereka juga merakam rampasan lori itu melalui telefon bimbit dan memuatnaik video kejadian ke Facebook.

Pegawai MBPP berkata gerai tersebut beroperasi secara haram di atas tanah rizab kerajaan dan pernah diserbu 3 kali sejak April tahun lepas.

Pegawai juga berkata lori ditinggalkan dengan enjin hidup, kerana pemandu sedang menurunkan tanjak di belakang lori.

Polis menangkap 2 lelaki berusia 28 dan 34 di bawah Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Mereka ditahan reman 3 hari sehingga 7 Mei.