Bangladesh tahan Rohingya cuba naiki bot ke Malaysia

rohingnya-boat-3

DHAKA: Bangladesh menangkap lebih sedozen Rohingya dan 2 lelaki yang cuba menyeludup mereka masuk ke Malaysia secara haram melalui bot, kata polis hari ini.

Dua lelaki warga Bangladesh didakwa atas kesalahan menyeludup manusia selepas mengatur perjalanan ke Malaysia, yang pertama dalam tempoh 2 tahun sejak kali terakhir pendatang asing mencuba perjalanan melalui bot, kata Ketua Polis Teknaf Mainuddin Khan.

“Bertindak berdasarkan maklumat, kami menangkap 19 warga Myanmar di sebuah rumah di Teknaf pada Selasa di mana mereka berkumpul sementara menunggu perjalanan bot ke Malaysia,” kata Mainuddin kepada AFP.

“Mereka kata setiap seorang bayar Tk 10,000 (RM538.34) untuk perjalanan itu.”

Puluhan ribu Rohingya dari Myanmar dan pelarian ekonomi warga Bangladesh yang mencari pekerjaan mengambil laluan merbahaya merentasi Teluk Bengal menuju ke negara makmur seperti Thailand dan Malaysia.

Tetapi pada 2015 ribuan pelarian bot tidak diterima kerajaan Asia Tenggara, menceteuskan krisis serantau dan pembanterasan ke atas perdagangan manusia.

cubaan terbaharu melalui laluan popular suatu masa dahulu ini merupakan kes pertama sejak cubaan Rohingya ke Malaysia itu, kata Mainuddin.

Ketua masyarakat Rohingya di kem pelarian di Bangladesh memberitahu AFP perjalanan bot terhenti sejak pembanterasan 2015 itu, apabila kebanyakan pelarian mencuba laluan baharu ke rantau lain, termasuk Timur Tengah.

“Apabila orang terdesak untuk meninggalkan negara mereka, penyeludup sekarang bersedia untuk mengeksploitasi mereka,” kata salah seorang ketua masyarakat Rohingya Mirza Ghalib kepada AFP.

Sejak berdekad lalu ratusan ribu Rohingya Islam melarikan diri yang melarikan diri dari Myanmar mencari perlindungan di bandar selatan Bangladesh seperti Cox’s Bazar, Ukhia dan Teknaf.

Jumlah mereka bertambah sejak Oktober menyusuli pembanterasan tentera Myanmar di barat negeri Rakhine, menyebabkan 70,000 melarikan diri merentasi sempadan ke Bangladesh.

Kem yang sesak dan kotor memberi peluang kepada penyeludup manusia menawarkan jalan keluar.

Di sebuah kem, ketua masyarakat Rohingya Abu Zafar berkata pelarian yang ditangkap polis ketika cuba ke Malaysia terpaksa mengharungi kelaparan, kemiskinan dan “ujian kesabaran yang paling mencabar”.

“Mereka cuba berhijrah ke Malaysia untuk masa depan yang lebih baik. Bagi mereka ini soal hidup dan mati,” katanya kepada AFP.

“Kegiatan penyeludup semakin tersusun dan kembali aktif. Mereka kumpulan campuran orang Bangladesh dan Rohingya.”