Umno Perlis sudah serah PM nama calon PRU14

 

shahidan-kassim-perlis-umnoPETALING JAYA: Umno Perlis telah pun mengemukakan senarai nama bakal calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, senarai itu adalah kombinasi muka-muka baharu, Wanita dan Pemuda Umno.

Beliau yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri enggan mendedahkan tarikh senarai itu dihantar kepada Najib, yang juga pengerusi Barisan Nasional dan presiden Umno.

“Terpulang kepada perdana menteri untuk menentukannya (senarai calon). Perdana menteri juga mempunyai orang yang memantau calon ini daripada semasa ke semasa,” kata beliau dipetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Ibu dan Bapa 2017 sempena Program Jom Bantu Rakyat di pekan Kuala Sanglang dekat Kangar hari ini.