‘Hadi dalam proses pemulihan pasca pembedahan’

hadi

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dalam proses pemulihan pasca pembedahan sangat baik, kata setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, Hadi turut memberi maklum balas positif terhadap rawatan di Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara (IJN).

“Tuan guru (Hadi) juga telah mula menjalani latihan fisioterapi bagi memperkuatkan fizikalnya, dan ianya adalah rawatan yang biasa dijalankan selepas pembedahan jantung,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik ke Facebook Abdul Hadi Awang.

Katanya, proses pemulihan Hadi lebih cepat jika beliau dapat berehat secukupnya, oleh itu, IJN hanya membenarkan keluarga terdekat melawat beliau ketika ini.

Hadi menjalani pembedahan selama 3 jam pada 16 Mei lalu ekoran kebocoran pada injap jantungnya yang menyebabkan kegiatan hariannya terjejas.

Ahli Parlimen Marang itu dimasukkan ke IJN sebanyak 2 kali tahun lalu, iaitu pada Januari untuk rawatan rutin dan Oktober untuk rawatan susulan.

IJN: Hadi selamat jalani pembedahan, kini dalam rawatan rapi

Kesihatan Hadi bertambah baik selepas pembedahan