Malaysia tiada penguatkuasaan perlindungan harta intelek

ideas-myipoKUALA LUMPUR: Undang-undang negara ini tidak cukup kuat untuk melindungi hak harta intelek para usahawan, kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Pengarah Penyelidikan Ali Salman berkata walaupun Malaysia menawarkan terma paten 20 tahun selaras dengan piawaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), negara masih mempunyai kekurangan dalam melindungi idea daya cipta.

“Pelabur asing perlu hak paten yang jelas dan mudah dikuatkuasakan. Mereka tidak mahu jadi rakan kongsi syarikat tempatan kalau penguatkuasaan pengurusan paten tanda perniagaan kita lemah,” katanya di pelancaran seminar Memperbaiki Inovasi Kesihatan dan Inovasi Akses Perubatan, anjuran Ideas.

Ali berkata mengukuhkan perlindungan harta intelek boleh memanfatkan negara dari segi eksklusiviti data, perkaitan paten dan baik pulih terma paten.

Sementara itu, Penolong Ketua Pengarah Sains dan Teknologi di Pertubuhan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Kamal Kormin berkata pertubuhan itu akan menerajui usaha meningkatkan perlindungan harta intelek dengan memudahkan prosedur pendaftaran paten.

“Kita akan paten dan kemaskini Akta Paten 1983 untuk menjadikannya lebih anjal tetapi masih dalam lingkungan Perjanjian Perdagangan Berkaitan Harta Intelek (TRIPS),” katanya.

Beliau berkata Akta Paten kini mempunyai kekurangan yang membolehkan pemilik paten gagal membekalkan produk ke pasaran.

“Bagi membanteras kekurangan itu, kerajaan boleh mengemukakan ‘lesen wajib’ untuk membolehkan pesaing menghasilkan produk yang gagal dibekalkan pemilik asal paten,” katanya.

MyIPO agensi di bawah kementerian perdagangan domestik, koperasi dan kepenggunaan dan bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan sistem IP.

Akta Paten 1983 diwujudkan untuk mentadbir prosedur pendaftaran paten.

Bagi mematuhi dan ke depan dalam pembangunan perlindungan harta intelek sejagat, Malaysia menandatangani beberapa perjanjian antarabangsa, termasuk Perjanjian TRIPS.

Perjanjian yang ditandatangani pada 1994 itu menetapkan standard perlindungan minimum untuk semua harta intelek.

Harta intelek tersebut dipatuhi dan dikaji anggota WTO untuk mengesahkan status semasa dan pengurusan harta intelek.