Putera Harry buka puasa di Singapura

harry2PETALING JAYA: Putera Harry dari Britain menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah pusat Islam di Singapura semalam dengan berkongsi kurma dan bubur dengan duta keamanan iaitu Nazhath Faheema.

Harry, 32, turut menyaksikan pertunjukan seni mempertahankan diri dan menundukkan kepala semasa hadirin memberi penghormatan kepada keluarga 7 mangsa yang terbunuh dalam serangan pengganas di London.

Harry yang membuat lawatan 2 hari ke Singapura melawat pusat komuniti kendalian Jamiyah Singapura, yang menyediakan pelbagai khidmat bagi membantu memulihkan penagih dadah dengan menyediakan tempat tinggal kepada golongan tersebut.

Beberapa minit sebelum waktu berbuka dan azan dilaungkan, Muhammad Rafiuddin Ismail, setiausaha agung Jamiyah, berkata: “Fikiran kita tertumpu kepada keluarga mangsa serangan pengganas London malam tadi.”

Harry menundukkan kepalanya semasa mula bercakap dan setiausaha agung berkata: “Mari kita kekalkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat di seluruh dunia”

harry1

Sebelum itu, Harry disambut sekumpulan pemain gendang Melayu dalam pakaian tradisional yang memainkan irama menggunakan instrumen kompang.

Manakala gadis kecil menabur kelopak bunga di laluan putera Britain itu semasa menuju ke persembahan demonstrasi silat.

Harry melawat Singapura untuk mengutip dananya, Piala Sentebale Polo pada Isnin.