CEO FGV diberi 7 hari jawab surat tunjuk sebab

zakaria-fgv-2

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mengeluar dan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO), Ahmad Tifli Mohd Talha berhubung hutang tertunggak Safitex Trading LLC dengan Delima Oil Products Sdn Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, Zakaria dan Tifli turut diberi tempoh 7 hari bermula hari ini untuk mengemukakan jawapan bertulis membabitkan dakwaan yang disenaraikan dalam surat tunjuk sebab berkenaan.

Mereka juga akan terus bercuti sehingga mendapat notis selanjutnya daripada Lembaga Pengarah FGV.

Minggu lepas, Lembaga Pengarah itu mengarahkan 4 pegawai kanannya bercuti berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan siasatan audit dalaman melibatkan tunggakan bayaran Safitex kepada Delima Oil Products yang juga anak syarikat FGV.

Selain Zakaria dan Tifli, 2 lagi eksekutif yang turut diarah bercuti adalah Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Bos FGV enggan letak jawatan, diarah bercuti

Najib garis 3 prinsip, mahu isu FGV selesai di bulan Ramadan