Duta Malaysia di Chile diikat, dirompak 39 juta peso

Mohamad-Rameez-Yahaya_rompak_600

PUTRAJAYA: Rumah Malaysia, kediaman rasmi duta besar Malaysia ke Chile, dipecah masuk sekumpulan penjenayah pada Isnin.

Wisma Putra mengesahkan insiden ini dalam kenyataan hari ini yang turut melihat serangan ke atas seorang daripada dutanya dengan penuh kebimbangan.

“Sebagai barisan depan, kehadiran Malaysia di luar negara, keselamatan pegawai dan staf amat penting,” kata Wisma Putra.

Laporan media menyatakan sekumpulan perompak memasuki kediaman Duta Besar Malaysia ke Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya dan melarikan wang, barang kemas serta barang berharga lain kira-kira 39 juta peso Chile.

Menurut laporan, dalam kejadian di Las Condes, Santiago, ibu negara Chile itu, Rameez, isteri dan 5 anak mereka turut diikat 5 perompak terbabit.

Wisma Putra berkata, polis Santiago sedang menyiasat kes itu.