Idola doakan Nhaveen segera pulih beberapa minit sebelum mati

ar-rahman

PETALING JAYA: Beberapa minit sebelum T Nhaveen meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang kerana kecederaan yang dialaminya, idola beliau A.R Rahman menghantar pesanan Twitter mendoakan segera pulih.

“Nhaveen, doa & kasih moga kamu segera pulih. Harap masyarakat sedar & hentikan semua kekejaman,” katanya gergasi muzik India itu dalam twit yang juga memaparkan tangkap layar berita mengenai remaja itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata hospital memaklumkan polis yang Nhaveen, 18, mati pada 6.00 petang tadi, manakala Rahman pula menulis twit itu pada 5.30 petang.

Rahman, atau nama sebenarnya Allah-Rakha Rahman, turut berkongsi pautan ke laman berita FMT mengenai ahli keluarga Nhaveen yang memberitahu mangsa bercita-cita menjadi sepertinya.

Nhaveen disedang dan dliwat secara ganas pada Jumaat lepas.

Beliau mengalami pendarahan dalaman dan kecederaan pada abdomen dan kemaluan. Beliau juga mengalami kesan lecur pada belakang badan. Duburnya mempunyai kesan tusuk dengan objek tumpul.

Beliau ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang.