Keluarga lelaki mati dalam tahanan mahu inkues

Eric-Paulsen-Melisssa-SasidaranPETALING JAYA: Peguam keluarga Vikcraman Devid, yang meninggal dunia dalam tahanan polis di kompleks mahkamah Shah Alam 15 Jun lalu menyeru pihak berkuasa mengadakan inkues dengan segera.

Dalam kenyataan hari ini, peguam Eric Paulsen dan Melisssa Sasidaran berkata inkues menjadi mandatori di bawah Kanun Tatacara Jenayah kerana kematian dalam tahanan.

“Kamu menyeru koroner atau pendakwaraya untuk segera mengadakan prosiding inkues dengan segera untuk menentukan bagaimana Vickraman boleh mati dalam tahanan dan sama ada kematiannya dipercepatkan oleh tindakan yang melanggar undang-undang atau diabaikan sesiapa,” kata mereka.

Mereka berkata terdapat persoalan serius dalam peristiwa yang membawa kepada kematiannya dan juga punca kematian, kerana beliau tidak mempunyai sejarah penyakit yang mengancam nyawa dan tidak normal orang sepertinya pengsan dan mati selepas ditahan beberapa hari.

“Kami menyeru semua anggota dan pegawai tahanan polis mematuhi tatacara operasi standard polis baharu yang diterbitkan pada 2014 agar sebarang bahaya kepada nyawa dan kebajikan tahanan dalam tahanan diminimumkan,” tambah mereka.

Peguam berkata keluarga Vickraman dimaklumkan mengenai kematiannya pada keesokan hari.

Mereka diberitahu lelaki berusia 37 tahun itu pengsan dalam lokap mahkamah tetapi dianggap sihat untuk menjalani pendengaran reman. Bagaimanapun, beliau jatuh pengsan sekali lagi.

“Rawatan diberikan kakitangan perubatan dari Hospital Shah Alam tetapi kemudian beliau diumumkan meninggal dunia di hospital,” kata peguam.

Mereka berkata bedah siasat dilakukan tidak lama kemudian tanpa pengetahuan keluarga dan mereka hanya boleh melihat dan menuntut mayat pada malam 16 Jun selesai ia selesai dijalankan.

Punca kematian dinyatakan sebagai “kardiomiopati bukan pemadatan”.

“Keluarga berkata Vickraman seorang lelaki sihat dan tidak mempunyai sejarah penyakit berkaitan jantung,” kata mereka, dan menambah beliau meninggalkan seorang isteri dan 3 anak kecil.

Mereka berkata beberapa hasil bedah siasat daripada kes kematian dalam tahanan sebelum ini pernah dicabar dan mencetuskan kontroversi, seperti A Kugan (mati 20 Jan 2009), Karuna Nithi (1 Jun 2013) dan C Sugumar (23 Jan 2013).

“Malaysia tidak boleh dibenarkan menjadi sebuah negara polis di mana seorang tahanan boleh mati atau dibunuh dalam tahanan polis tanpa dipertanggungjawabkan atau dibetulkan,” kata peguam.

“Kematian dalam tahanan tidak boleh dibenarkan menjadi kejadian biasa,” tambah mereka.

Peguam juga berkata tahanan reman dianggap tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahan di mahkamah dan berhak kepada hak asasi manusia semasa dalam tahanan seperti mana warganegara lain.