Lelaki belasah isteri dalam lif mulakan hukuman penjara

tampar-isteriGEORGE TOWN: Lelaki yang dilihat dalam sebuah klip video 4 tahun lalu membelasah isterinya di hadapan 2 orang anak mereka di dalam sebuah lif, hari ini gagal dalam mengubah hukuman 8 bulan penjara ke atasnya.

Bekas pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mohammad Affandi Ismail dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Mei tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Abdul Wahab Mohamed berkata mahkamah bertindak betul dalam keputusannya menghukum Affandi, 41, yang menyerang isteri pertamanya, pekerja kilang Siti Khadijah Ahmad Ramli, 41.

Kejadian berlaku dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta, pada 12 Ogos, 2013.

Wahab memerintahkan hukuman penjara Affandi bermula hari ini.

Ketika keputusan dibacakan, Affandi dilihat menggeleng-geleng kepalanya.

Selepas keputusan Mahkamah Majistret tahun lalu, dia dibebaskan dengan jaminan.

Tuduhan di bawah Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum 1 tahun penjara atau denda RM2,000.

 

https://www.youtube.com/watch?v=kYaqx-pd_JU